Harga emas gagal melantunkan harganya semasa minggu dibuka apabila peserta pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar tidak berubah pada mesyuarat Disember dan menantikan keluaran data ekonomi AS utama selepas ia ditangguhkan berminggu-minggu.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $4,042 iaitu turun 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Tumpuan pasaran minggu ini lebih ke arah sentimen pasaran di Amerika Syarikat terutamanya mengenai nada pegawai-pegawai Fed yang menjadi cerminan keputusan kadar mesyuarat Disember dan keluaran data-data ekonomi penting.
Naib Pengerusi Fed, Philip Jefferson berkata bahawa risiko kenaikan inflasi berkemungkinan menurun, bertentangan dengan risiko penurunan dalam pasaran buruh.
Beliau berkata bahawa syarikat kurang bertindak dalam memecat dan menambah pekerjaan berikutan dasar monetari semasa yang agak terhad.
Isyarat ‘hawkish telah mengurangkan harapan berlakunya pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Disember, CME FedWatch Tool menunjukkan kemungkinan hanya setinggi 43% untuk pemotongan 25 mata asas dan peluang 57% untuk kadar dikekalkan.

















































