Pasaran logam kuning berharga melanjutkan penurunan pada sekitar di bawah paras $3,270 sejak ditutup minggu lepas menghampiri paras terendah sebulan selepas perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China yang meningkatkan selera risiko.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $3,269.81 iaitu susut 0.14% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Perjanjian perdagangan yang berlangsung antara dua negara gergasi ekonomi dunia pada minggu lepas terutamanya dalam industri nadir bumi dilihat positif oleh pasaran serta rundingan gencatan senjata antara Iran-Israel turut mengurangkan daya tarikan emas.
Kemelesetan dalam geopolitik telah menawarkan peluang kepada pelabur untuk mula mengambil keuntungan kerana prospek berpandangan ke hadapan di tengah-tengah konflik.
Sebaliknya, sebarang ketegangan geopolitik yang diperbaharui atau ketidaktentuan perdagangan yang dicetuskan oleh Presiden AS Donald Trump boleh mendorong pembelian bank pusat dan meningkatkan permintaan untuk logam berharga.
Selain itu, keyakinan pasaran turut meningkat apabila potensi pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) dan peserta menaikkan pertaruhan bahawa bank pusat AS akan menurunkan kadar lebih banyak pada tahun ini.
Pelabur perlu peka dengan isu-isu semasa tumpuan dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan pada harga emas. Program HUSTLE24HOUR turut membincangkan berkenaan emas bersama ahli-ahli yang berpengalaman. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR segera, KLIK LINK INI