• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Emas vs Dolar: Siapa Terkorban Selepas PPI Malam Ini?

Emas vs Dolar: Siapa Terkorban Selepas PPI Malam Ini?

16 July 2025
Bitcoin Reda Dari Tekanan Jualan: Sentimen Pasaran Mula Pulih?

Bitcoin Terkapai-kapai! Ancaman Trump Musnahkan Harapan Pasaran

3 April 2026
Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

Eskalasi Sasaran Ketenteraan AS: Infrastruktur Awam Iran Kini Dalam Bahaya?

3 April 2026
Data NFP Buatkan Fed dalam Dilema: Haruskah Kadar Faedah Dikurangkan?

Pakar Terkejut! Data NFP Pada Bulan Mac Catat Bacaan Angka Di Luar Jangkaan!

3 April 2026
Yuan vs Dolar: Siapa ‘Pemenang’ Sebenar Di Selat Hormuz?

Yuan vs Dolar: Siapa ‘Pemenang’ Sebenar Di Selat Hormuz?

3 April 2026
Saham PETRONAS Chemicals Melonjak 100% Sejak Perang AS-Iran Tercetus!

Saham PETRONAS Chemicals Melonjak 100% Sejak Perang AS-Iran Tercetus!

3 April 2026
EU Beri Amaran Tenaga! Lonjakan Harga Minyak Dijangka Lama?

EU Beri Amaran Tenaga! Lonjakan Harga Minyak Dijangka Lama?

3 April 2026
Whale XRP Pindah Hampir $600 Juta, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Whale XRP Pindah Hampir $600 Juta, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

3 April 2026
Ringgit Stabil Berbanding Dolar AS Menjelang NFP

Ringgit Stabil Berbanding Dolar AS Menjelang NFP

3 April 2026
“Kembali Ke Zaman Batu” – Trump Ingin Bom Iran Sampai Rata!

“Kembali Ke Zaman Batu” – Trump Ingin Bom Iran Sampai Rata!

3 April 2026
Apa Jadi Pada Bitcoin Selepas Harga Minyak Naik?

Apa Jadi Pada Bitcoin Selepas Harga Minyak Naik?

3 April 2026
PBB Cadang Hantar Tentera Ke Selat Hormuz, China & Rusia Tak Setuju?

PBB Cadang Hantar Tentera Ke Selat Hormuz, China & Rusia Tak Setuju?

3 April 2026
Emas Raih Sokongan Selamat Di Hari Pertama Trump 2.0

Harga Emas Meleset 2%, Trump Tak Jadi Damai!

3 April 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Sunday, 5 April 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

    Eskalasi Sasaran Ketenteraan AS: Infrastruktur Awam Iran Kini Dalam Bahaya?

    Data NFP Buatkan Fed dalam Dilema: Haruskah Kadar Faedah Dikurangkan?

    Pakar Terkejut! Data NFP Pada Bulan Mac Catat Bacaan Angka Di Luar Jangkaan!

    EU Beri Amaran Tenaga! Lonjakan Harga Minyak Dijangka Lama?

    EU Beri Amaran Tenaga! Lonjakan Harga Minyak Dijangka Lama?

    Emas Raih Sokongan Selamat Di Hari Pertama Trump 2.0

    Harga Emas Meleset 2%, Trump Tak Jadi Damai!

    Terkini! Trump Sahkan Kenyataan Perdagangan China!

    Ketidaktentuan Diplomatik : Presiden Trump Umum Peningkatan Operasi Ketenteraan Terhadap Iran!

    Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

    Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Mendadak, Namun Kenapa Pakar Ekonomi Makin Risau?

    Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

    Trump ‘Simbah Minyak’ Ke Api: Dolar AS Melonjak, Pasaran Saham Bergelora!

    Harga Brent Meroket 5%, Trump Janji Lawan Iran Habis-Habisan!

    Harga Brent Meroket 5%, Trump Janji Lawan Iran Habis-Habisan!

    Bullion Dalam Rentak Tinggi, Pasaran Nantikan Ucapan Trump

    Bullion Dalam Rentak Tinggi, Pasaran Nantikan Ucapan Trump

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Stabil Berbanding Dolar AS Menjelang NFP

    Ringgit Stabil Berbanding Dolar AS Menjelang NFP

    Ringgit Mengukuh, Ketegangan Geopolitik Mungkin Reda

    Ringgit Mengukuh, Ketegangan Geopolitik Mungkin Reda

    Ringgit Masih Dibuka Tinggi Selepas Rombakan Kabinet

    Ringgit Dibuka Tinggi Selepas Susut 5 Hari Berturut-Turut!

    Ringgit Dibuka RM4.01, Pelabur Beralih Kepada Aset Selamat

    Ringgit Dibuka RM4.01, Pelabur Beralih Kepada Aset Selamat

    Drama NFP & Geopolitik: Mampukah USD Kebal? (30 Mac – 3 April 2026)

    Drama NFP & Geopolitik: Mampukah USD Kebal? (30 Mac – 3 April 2026)

    Ringgit Cecah RM4.00, PM Anwar Kekalkan Harga RON95!

    Ringgit Cecah RM4.00, PM Anwar Kekalkan Harga RON95!

    Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

    Pasaran Buruh AS ‘Stabil’? Fed Masih Ambil Sikap Berhati-hati

    Ringgit Susut, Pasaran Tunggu Isyarat Rundingan AS-Iran

    Ringgit Susut, Pasaran Tunggu Isyarat Rundingan AS-Iran

    Ringgit Dibuka RM3.95, Isyarat Damai Asia Barat Semakin Hampir?

    Ringgit Dibuka RM3.95, Isyarat Damai Asia Barat Semakin Hampir?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Bitcoin Reda Dari Tekanan Jualan: Sentimen Pasaran Mula Pulih?

    Bitcoin Terkapai-kapai! Ancaman Trump Musnahkan Harapan Pasaran

    Whale XRP Pindah Hampir $600 Juta, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

    Whale XRP Pindah Hampir $600 Juta, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

    Apa Jadi Pada Bitcoin Selepas Harga Minyak Naik?

    Apa Jadi Pada Bitcoin Selepas Harga Minyak Naik?

    XRP Menambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan

    XRP Menambahbaikan Sistem Pengurusan Kewangan

    Bitcoin Jatuh, Minyak Naik Selepas Ucapan Trump Tentang Perang Iran

    Bitcoin Jatuh, Minyak Naik Selepas Ucapan Trump Tentang Perang Iran

    Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

    Kripto & Yuan Jadi Syarat Pembayaran Untuk Lalui Selat Hormuz!

    Ethereum Bersedia Melonjak Walau Harga Turun

    Ethereum Bersedia Melonjak Walau Harga Turun

    Bitcoin Cecah $68,000 Tapi Keyakinan Pasaran Masih Rendah?

    Bitcoin Cecah $68,000 Tapi Keyakinan Pasaran Masih Rendah?

    ‘Big Print’ Boleh Cetuskan Lonjakan Besar Pada Bitcoin!

    ‘Big Print’ Boleh Cetuskan Lonjakan Besar Pada Bitcoin!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Saham PETRONAS Chemicals Melonjak 100% Sejak Perang AS-Iran Tercetus!

    Saham PETRONAS Chemicals Melonjak 100% Sejak Perang AS-Iran Tercetus!

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Trump Sedia Berdamai? Pasaran Saham Teruja Walaupun Selat Hormuz Masih Tutup

    Wall Street Merosot, Konflik Iran-AS Memasuki Minggu Ke-5

    Wall Street Merosot, Konflik Iran-AS Memasuki Minggu Ke-5

    Pasaran Saham Bergolak Selepas Trump Lanjut Tempoh Serangan Ke Atas Iran

    Pasaran Saham Bergolak Selepas Trump Lanjut Tempoh Serangan Ke Atas Iran

    Wall Street Junam, Pelabur Terus Pantau Konflik Timur Tengah

    Wall Street Junam, Pelabur Terus Pantau Konflik Timur Tengah

    Wall Street Melonjak, Konflik AS-Iran Bakal Berakhir?

    Wall Street Melonjak, Konflik AS-Iran Bakal Berakhir?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Harapan Palsu? Pasaran Wall Street Jatuh Selepas Iran Nafikan Rundingan Damai

    Kripto & Saham Melarat, Minyak Lebih Menarik Pasaran!

    Kripto & Saham Melarat, Minyak Lebih Menarik Pasaran!

    Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

    Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Pasaran Analisa Tajaan

Emas vs Dolar: Siapa Terkorban Selepas PPI Malam Ini?

Saracen Markets [Sponsored] by Saracen Markets [Sponsored]
16 July 2025
in Analisa Tajaan
0
Emas vs Dolar: Siapa Terkorban Selepas PPI Malam Ini?
1.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.

[Artikel Tajaan]

Harga emas kembali cuba mengatur langkah pemulihan pada sesi awal pagi hari ini (Rabu). Para pelabur kini menanti dengan penuh harapan data inflasi Amerika Syarikat melalui Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang bakal diumumkan malam ini.

Walaupun harga emas cuba bangkit, namun kenaikan ini masih belum cukup meyakinkan. Ini kerana Dolar AS (USD) terus kekal kukuh buat hari ketujuh berturut-turut, bergerak dalam mod pengukuhan berbanding mata wang utama lain.

Kenaikan Inflasi AS Dorong USD Kukuh, Emas Tertekan

Kekuatan USD dilihat banyak disokong oleh lonjakan hasil bon kerajaan AS (US Treasury 10 tahun) selepas data Indeks Harga Pengguna (CPI) semalam telah menunjukkan inflasi AS meningkat pada bulan Jun, semakin menjauhi sasaran 2% yang ditetapkan oleh Rizab Persekutuan (Fed).

Secara ringkas:

  • CPI Jun naik 0.3% berbanding bulan sebelumnya.

  • Inflasi tahunan kini mencecah 2.7%, sejajar dengan jangkaan pasaran.

  • CPI Teras pula naik 0.2% bulan ke bulan, dan 2.9% tahun ke tahun, namun sedikit kurang daripada jangkaan.

Peningkatan ini menyebabkan pelabur kini menjangka Fed mungkin akan menangguhkan sebarang pemotongan kadar faedah lebih lama daripada yang dijangka sebelum ini. Kebarangkalian pemotongan kadar pada mesyuarat September kini susut kepada sekitar 52%, turun daripada hampir 60% sebelum data dikeluarkan.

Tambahan pula, pengumuman Presiden Donald Trump mengenai kejayaan rundingan perdagangan dengan Indonesia juga menguatkan sentimen terhadap USD, sekaligus memberi tekanan tambahan ke atas emas yang tidak menawarkan sebarang pulangan faedah.

Yen Jepun Tertekan, Tapi Saham Teknologi AS Hadkan Kekuatan Dolar

Selain itu, hasil bon AS dan USD juga meningkat seiring dengan lonjakan hasil bon kerajaan Jepun serta pengukuhan pasangan mata wang USD/JPY. Ini berlaku apabila pasaran kewangan Jepun bergolak susulan kebimbangan politik dan fiskal di negara itu. Gabungan pemerintah Jepun dijangka kehilangan majoriti dalam pilihan raya dewan atasan pada 20 Julai nanti, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan politik tatkala Tokyo masih bergelut mencapai perjanjian dagangan dengan Washington.

Namun begitu, kebangkitan saham teknologi Amerika yang dipimpin oleh gergasi AI, Nvidia, sedikit sebanyak menyekat momentum USD dan memberi ruang nafas kepada harga emas untuk bertahan.

Ketidaktentuan Polisi Trump & Masa Depan Powell Jadi Tumpuan

Buat masa ini, pasaran masih dibayangi oleh ketidaktentuan berkaitan hala tuju dasar perdagangan Trump serta masa depan Jerome Powell sebagai Pengerusi Fed. Dua faktor ini sedikit sebanyak melemahkan dolar dan memberi peluang harga emas untuk bangkit semula.

Namun, sejauh mana kenaikan harga emas ini boleh bertahan masih belum pasti. Ramai pedagang enggan membuat pertaruhan besar selagi belum mendapat gambaran yang lebih jelas daripada data PPI malam nanti.

Apa Yang Dijangka Dalam Data PPI Malam Ini?

Jika data PPI AS bagi Jun menunjukkan bacaan lebih panas daripada jangkaan contohnya melebihi 2.5% setahun dan 0.2% bulanan, maka dolar berpotensi untuk melonjak semula, sekaligus menekan semula harga emas.

Sebaliknya, jika data ini sederhana atau lemah, emas mungkin akan terus mendapat sokongan kerana ia mengurangkan tekanan terhadap Fed untuk mengekalkan kadar tinggi.

Faktor Perdagangan Masih Jadi Pemacu Utama Sentimen Pasaran

Pada masa yang sama, perkembangan dalam rundingan perdagangan juga kekal sebagai pemacu utama sentimen risiko global. Ini lebih-lebih lagi selepas Trump mengumumkan beliau akan menghantar notis kepada negara-negara kecil mengenai kadar tarif AS satu langkah yang mungkin mencetuskan kebimbangan baharu terhadap ketegangan perdagangan global.

Kesimpulan: Emas Masih Dalam Zon Tidak Pasti

Emas ketika ini berada dalam situasi yang agak mencabar. Walaupun ada sedikit ruang untuk bangkit semula, kekuatan USD dan ketidaktentuan dasar perdagangan dan monetari AS menjadikan pasaran logam kuning ini sangat sensitif terhadap sebarang berita baharu. Malam ini, semua tumpuan akan terarah kepada data PPI  yang dijangka menjadi penentu hala tuju seterusnya.

SARACEN MARKETS menasihatkan pedagang supaya kekal berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang perubahan mendadak dalam pasaran emas, terutamanya apabila sentimen pasaran masih tidak menentu dan data ekonomi AS terus mencetuskan kejutan demi kejutan.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

ShareTweetSend

Related Posts

Jerome Powell Tersepit Antara Dua Tekanan: Inflasi Lemah vs Geopolitik Panas

Emas Di Ambang Krisis: Powell Jadi Penentu Hidup Atau Mati Pasaran Malam Ini

by Saracen Markets [Sponsored]
22 August 2025
0

Harga emas terus berada dalam tekanan pada awal dagangan Jumaat. Dolar Amerika Syarikat (USD) pula kekal kukuh di paras tertinggi...

Drama Jackson Hole: Adakah Powell Akan ‘Bunuh’ Harapan Potongan Kadar & Goncang Harga Emas?

Drama Jackson Hole: Adakah Powell Akan ‘Bunuh’ Harapan Potongan Kadar & Goncang Harga Emas?

by Saracen Markets [Sponsored]
21 August 2025
0

Harga emas melonjak semula dari paras sekitar $3,311 pada Rabu, namun kembali reda berhampiran $3,338 hari ini apabila pelabur mengambil...

Jerome Powell Tersepit Antara Dua Tekanan: Inflasi Lemah vs Geopolitik Panas

Powell vs Pasaran: Jackson Hole Jadi Medan Pertarungan Nasib Ekonomi Global

by Saracen Markets [Sponsored]
20 August 2025
0

Pertengahan minggu ini, pasaran kewangan global bergerak dengan penuh berhati-hati apabila tumpuan kini terarah kepada Jackson Hole, di mana Pengerusi...

Inflasi PPI AS Meledak, Harapan Potongan Kadar Fed Terkubur, Pasaran Berpaling ke Sidang Trump-Putin

Inflasi PPI AS Meledak, Harapan Potongan Kadar Fed Terkubur, Pasaran Berpaling ke Sidang Trump-Putin

by Saracen Markets [Sponsored]
15 August 2025
0

Harapan pasaran terhadap pemotongan kadar faedah besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) bulan depan semakin reda selepas inflasi PPI Amerika Syarikat...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Malas Baca Berita Ekonomi? FOMC? NFP? Anda Rugi, Inilah Penggerak Pasaran!

Malas Baca Berita Ekonomi? FOMC? NFP? Anda Rugi, Inilah Penggerak Pasaran!

28 September 2019
Data NFP Buatkan Fed dalam Dilema: Haruskah Kadar Faedah Dikurangkan?

Pakar Terkejut! Data NFP Pada Bulan Mac Catat Bacaan Angka Di Luar Jangkaan!

3 April 2026
9 Buah Buku Pelaburan Yang Disarankan Oleh Warren Buffett

9 Buah Buku Pelaburan Yang Disarankan Oleh Warren Buffett

18 January 2019
Bitcoin Reda Dari Tekanan Jualan: Sentimen Pasaran Mula Pulih?

Bitcoin Terkapai-kapai! Ancaman Trump Musnahkan Harapan Pasaran

0
Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

Eskalasi Sasaran Ketenteraan AS: Infrastruktur Awam Iran Kini Dalam Bahaya?

0
Data NFP Buatkan Fed dalam Dilema: Haruskah Kadar Faedah Dikurangkan?

Pakar Terkejut! Data NFP Pada Bulan Mac Catat Bacaan Angka Di Luar Jangkaan!

0
Bitcoin Reda Dari Tekanan Jualan: Sentimen Pasaran Mula Pulih?

Bitcoin Terkapai-kapai! Ancaman Trump Musnahkan Harapan Pasaran

3 April 2026
Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

Eskalasi Sasaran Ketenteraan AS: Infrastruktur Awam Iran Kini Dalam Bahaya?

3 April 2026
Data NFP Buatkan Fed dalam Dilema: Haruskah Kadar Faedah Dikurangkan?

Pakar Terkejut! Data NFP Pada Bulan Mac Catat Bacaan Angka Di Luar Jangkaan!

3 April 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

Sertai Komuniti Intraday
No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.