Julat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat lebih perlahan pada Selasa semalam, ketika pelabur mula mengalihkan tumpuan kepada data-data ekonomi penting.
Situasi ini juga dilihat mengehadkan corak penurunan berterusan harga yang telah dipaparkan beberapa hari sejak dagangan minggu lalu.
Berbanding 100 pips pada Isnin, penurunan harian pada Selasa semalam sekitar 50 pips sahaja yang menghampiri paras 1.33000.
Pengukuhan US dolar tidak seagresif sebelumnya, susulan data JOLTS untuk Jun catat jumlah pekerjaan yang ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) lebih perlahan berbanding ramalan.
Lantunan harga dipaparkan pada dagangan menuju penutup sesi New York yang kemudiannya berakhir pada sekitar paras 1.33500.
Pergerakan harga kekal perlahan di sekitar tersebut pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu), namun dilihat masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang menunjukkan isyarat bearish.
Penurunan harga berkemungkinan dilanjutkan jika data pekerjaan ADP dan laporan pertumbuhan ekonomi AS yang diterbitkan selepas ini menyokong pengukuhan US dolar.
Paras sokongan 1.33000 bakal diuji dan akan cuba ditembusi sebelum harga catatkan penurunan ke paras terendah terbaru 11 minggu.
Sasaran seterusnya beralih pada sekitar 1.32000 jika penurunan diteruskan.
Namun jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, paras 1.34000 bakal diuji sebagai rintangan untuk dilepasi sebelum memberi isyarat perubahan trend semula.
Kenaikan harga kemudiannya bakal menuju ke sekitar 1.35000 seterusnya dilanjutkan ke zon rintangan 1.36000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK