Google berdepan dengan saman mega bernilai €5.8 bilion (RM29.8 bilion) di UK, selepas didakwa “cekik darah” syarikat-syarikat tempatan untuk membeli iklan di platform miliknya.
Satu tindakan ‘class action’ kini difailkan terhadap Alphabet – syarikat induk Google, kerana dikatakan mengenakan caj iklan melampau hasil dominasi mutlak mereka dalam enjin carian.
Profesor Or Brook dari University of Leeds menuduh Google menyekat persaingan dengan memaksa pengeluar telefon pintar memasang platform Google Search dan Chrome ke dalam telefon mereka sebagai platform pencarian utama, serta membayar Apple berbilion pound untuk menjadi enjin carian default dalam Safari.
Hasilnya?
Harga iklan pun mencanak naik, dan ribuan perniagaan UK terpaksa telan kos tinggi sejak 2011.
Jika tuntutan ini berjaya, Google mungkin terpaksa membayar pampasan kepada semua syarikat UK yang pernah membeli iklan melalui platform tersebut dari 1 Januari 2011 hingga 15 April 2025.
Tahun lepas saja, hasil dari iklan carian mencecah £14 bilion. Tapi kalau dikira sejak 2011 — silap-silap, buah pinggan Google pun kena masuk senarai lelong!
Ini pulak nak kira dari tahun 2011. Boleh bergadai buah pinggan Google lepas ni untuk bayar hutang!
Setakat ini, CMA UK sudah pun melancarkan siasatan manakala Jepun juga menghantar cease-and-desist atas isu sama minggu ini.
Mungkin Google patut mula fikir nak tambah pekerja… untuk bantu gulung tikar?