Ekonomi makin sempit, subsidi makin ketat tapi adakah sistem harga dua peringkat RON95 benar-benar penyelesaian terbaik, atau hanya mencipta masalah baharu?
Kini, pakar ekonomi sepakat bahawa sistem harga dua peringkat bagi RON95 lebih berkesan berbanding bantuan tunai tetapi cabaran baharu tetap menanti!
Dr. Tan Peck Leong dari UiTM berpendapat model ini memastikan hanya golongan yang layak menerima subsidi, sekaligus mengurangkan kebocoran dana kepada mereka yang tidak sepatutnya menikmatinya.
Namun, betul ke semuanya manis?
Pakar ekonomi, Geoffrey Williams memberi amaran bahawa penggunaan MyKad dan e-dompet dalam sistem ini boleh membuka ruang kepada penipuan, klon kad, dan jual beli akses subsidi.
Jika tidak dikawal rapi, sistem ini mungkin mencipta pasaran gelap yang lebih sukar dikekang.
Walaupun mekanisme ini dijangka lebih baik dalam mengawal inflasi, persoalan utamanya masih belum terjawab – adakah rakyat benar-benar bersedia menghadapi perubahan ini?
Jika pelaksanaan tidak teliti, harga dua peringkat mungkin bukan penyelesaian, tetapi satu lagi lubang baharu dalam sistem subsidi negara.