Logam kuning menyusut sedikit pada dagangan Khamis selepas memecahkan rekod baharu berikutan dorongan keputusan FOMC dan peningkatan konflik geopolitik di Timur Tengah antara Hamas-Israel.
Pada jam 9 pagi, harga emas berada pada paras $3,042.93 iaitu kekal sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Sentimen pasaran bertukar negatif, manakala Greenback mengalami pemulihan seperti yang digambarkan oleh Indeks Dolar AS (DXY) menjejaki sekumpulan enam mata wang berbanding dolar.
Pembuat dasar Fed mengakui bahawa pasaran pekerjaan kekal kukuh tetapi menambah bahawa harga kekal tinggi. Oleh itu, mereka menekankan bahawa akan memantau risiko bagi kedua-dua faktor utama buruh dan inflasi.
Peserta pasaran mencerna pendirian Jerome Powell apabila ketidakpastian berkenaan prospek ekonomi yang telah meningkat sambil menambah risiko inflasi semakin parah akibat ancaman tarif.
Powell menambah bahawa beberapa dasar Trump mempengaruhi pertumbuhan dan kenaikan harga.
Sementara itu, serangan udara Israel berterusan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 91 rakyat Gaza terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera.