Pasaran logam kuning bergerak rendah di bawah paras $3,400 pada dagangan Selasa apabila selera risiko semakin merosot kerana kekuatan dalam dolar AS. Namun, peningkatan konflik Israel dan Iran terus menyokong emas untuk bertahan pada posisi tertinggi.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,383.85 iaitu turun 0.13% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Suasana pasaran sedikit hambar apabila bullion gagal mencipta aliran tinggi apabila dolar AS menunjukkan kenaikan semula. Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.46% pada sekitar 98.58 mata.
Di awal minggu, Presiden AS Donald Trump bertindak keluar dari mesyuarat G7 di Kanada bagi melibatkan diri dalam konflik Timur Tengah sambil memberi isyarat bahawa bakal memberi sokongan kepada Israel untuk menyerang Tehran.
Pegawai kanan AS berkata Trump sedang mempertimbangkan secara serius untuk menyerang Iran dan ingin mengadakan pertemuan penting dengan penasihatnya.
Selain itu, sentimen pasaran AS lebih lemah dengan data Jualan Runcit AS dan laporan Pengeluaran Perindustrian untuk Mei menguncup.
Buat masa ini, peserta pasaran kini bersedia menjelang keputusan dasar monetari Fed. Pengerusi Jerome Powell dan pegawainya dijangka mengekalkan kadar faedah stabil pada mesyuarat FOMC minggu ini.
Perhatian turut tertumpu kepada kemas kini unjuran ekonomi terbaharu oleh pembuat dasar, yang bakal memberi petunjuk penting mengenai hala tuju dasar monetari bagi separuh kedua 2025.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.