Aset logam berharga kembali bergerak di bawah $3,400 berikutan bahawa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) dijangka bakal menandatangani perjanjian rundingan tarif sama seperti yang dilakukan Jepun baru-baru ini.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $3,390.35 iaitu kekal tidak berganjak sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Menurut laporan Financial Times, perjanjian perdagangan telah didedahkan dengan penasihat AS, Peter Navarro berkata kebocoran maklumat rundingan tidak perlu diambil serius kerana perbincangan tersebut dijalankan secara rahsia.
Rundingan tersebut mendekati perjanjian dengan penetapan tarif 15% ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) yang diimport ke Amerika Syarikat.
Sementara itu, kejatuhan dolar AS berterusan walaupun hasil Perbendaharaan AS mengecil seperti yang digambarkan untuk nota 10 tahun.
Emas mula menunjukkan aliran jatuh ketara semasa dagangan Rabu berikutan berita bahawa Jepun dan AS bersetuju untuk memutuskan pertukaran 15% ke atas importnya.
Buat masa ini, pasaran akan menampilkan laporan Tuntutan Pengangguran Permulaan untuk minggu berakhir 19 Julai dan Pesanan Barangan Tahan Lama.
Untuk fahami lebih mendalam berkenaan dagangan emas dan indikator penting dalam menilai pasaran komoditi, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!