Apple sekali lagi mencuri tumpuan – bukan sebab inovasi, tapi kerana desas-desus kenaikan harga iPhone generasi baharu yang dijangka dilancarkan pada musim luruh ini!
Namun begitu, Apple dilaporkan enggan mengaitkan sebarang kenaikan harga dengan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China khususnya tarif import yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Trump, yang kini mencecah sehingga 30%.
Menurut laporan Wall Street Journal, walaupun sebahagian besar iPhone masih dihasilkan di China, Apple cuba mengelak daripada dilihat ‘terperangkap’ dalam perang tarif ini.
Alasan rasmi Apple?
“Inovasi rekaan ultra nipis dan ciri baharu.”
Realitinya, Apple sendiri mengakui bahawa tarif tersebut dijangka menambah kos operasi sebanyak $900 juta hanya untuk suku kedua tahun ini.
Berdasarkan anggaran daripada firma Rosenblatt Securities, harga asas iPhone 16 dijangka menghadapi peningkatan mendadak sehingga 43%.
Apple dikatakan akan menyejukkan persepsi pengguna terhadap kenaikan itu dengan memperkenalkan reka bentuk baharu dan fungsi premium sebagai tarikan utama.
Namun pada masa yang sama, pesaing seperti Samsung semakin agresif menawarkan ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang lebih canggih, memberi tekanan kepada Apple dalam persaingan merebut pasaran teknologi pengguna.
Dengan harga makin menggila dan pesaing makin bijak, mungkinkah jenama ikonik ini sudah hilang sentuhannya?
Jika dunia teknologi pun sentiasa berubah, inikan pula strategi kewangan anda. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!