Pembukaan tahun 2025 menyaksikan perubahan harga minyak yang berlaku silih berganti setiap minggu, dengan RON97 dan diesel mencatatkan kenaikan.
Bermula dari 16 hingga 22 Januari 2025, harga runcit minyak sekali lagi meningkat, mencerminkan lonjakan harga minyak global.
Bagi RON95, harga kekal stabil pada RM2.05 tanpa sebarang perubahan.
Namun, harga RON97 meningkat 5 sen kepada RM3.38 seliter, selepas mencatatkan kenaikan berturut-turut sebanyak 3 sen pada minggu pertama dan kedua tahun 2025, bermula dengan harga RM3.22.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia juga mencatatkan kenaikan sebanyak 5 sen, mencapai RM3.08 seliter, selepas naik 3 sen pada minggu pertama dan 5 sen pada minggu kedua 2025, bermula pada harga RM2.95.
Sebaliknya, harga diesel di Sabah dan Sarawak kekal pada RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa kenaikan ini disebabkan oleh lonjakan harga minyak dunia.
Namun, harga diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga apungan pada Jun 2024 (RM3.35).
Kerajaan akan terus memantau pasaran minyak global dan menyesuaikan harga untuk memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.