Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memilih untuk mengambil pendekatan ‘I don’t care’, mengabaikan tindakan keras Eropah yang berhasrat membalas cukainya dengan cukai lebih ketat terhadap produk makanan AS, termasuk kacang soya.
Semasa lawatan santai ke Daytona 500, Trump dengan nada tenang menegaskan bahawa sekatan tersebut hanya akan memudaratkan Eropah sendiri, sambil sekali lagi menegaskan dasar “cukai balas” beliau yang seolah-olah tidak memberi ruang untuk kompromi.
Suruhanjaya Eropah dijangka akan meneliti sekatan import yang lebih ketat minggu depan, dengan sasaran utama tanaman AS yang dirawat dengan racun perosak yang tidak diluluskan di EU.
Langkah ini diambil ketika ketegangan semakin memuncak berikutan keputusan Trump untuk mengenakan cukai 25% ke atas keluli dan aluminium serta cukai baru terhadap kereta dan teknologi.
Ketika kedua-dua pihak bersiap sedia untuk lebih banyak ‘permainan tarik tali’ dalam perdagangan, persoalannya bukan lagi sampai bila, tetapi sejauh mana mereka akan terus berlawan?
Adakah konflik ini akan terus berlarutan sehingga menjejaskan ekonomi global, atau adakah kita bakal menyaksikan kesan yang lebih besar yang melibatkan negara lain?