Sebuah kumpulan penggubahan wang haram telah dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun selepas mengeksploitasi perang Rusia-Ukraine untuk mengubah jutaan paun wang haram.
Veleriy Popovych, 52, dan Vitaliy Lutsak, 43, ditangkap selepas terbukti menukar wang haram kepada mata wang kripto melalui satu operasi canggih yang melibatkan pembelian kenderaan di United Kingdom untuk dijual di Ukraine.
Dalam hanya tempoh setahun, mereka berjaya menggubah £6.63 juta dan menggunakan hasilnya untuk membeli rumah kedua di London.
Operasi ini disembunyikan dengan memanfaatkan permintaan tinggi terhadap kenderaan di Ukraine dan peraturan kripto yang longgar di negara tersebut.
Popovych, yang mengendalikan perniagaan eksport sah, Sprint Commercial Ltd, membeli kenderaan menggunakan wang haram dan menukar keuntungan tersebut ke dalam mata wang kripto.
Jenayah ini berakhir selepas pihak polis merampas sejumlah £190,000 dalam bentuk wang tunai selain menemui bukti-bukti penting, termasuk lebih daripada $14 juta transaksi kripto yang dijalankan oleh suspek.
Kedua-dua dalang operasi bersama rakan-rakan mereka yang bersubahat dalam operasi penggubahan wang haram tersebut kini berhadapan dengan hukuman penjara yang panjang.