Badan pemantau persaingan Australia menuduh syarikat teknologi gergasi Microsoft mengelirukan kira-kira 2.7 juta pelanggannya supaya membayar untuk menggunakan perkhidmatan pembantu kecerdasan buatan (AI), Copilot.
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan terhadap Microsoft Australia serta syarikat induknya, Microsoft Corp.
Syarikat itu didakwa mengeluarkan kenyataan palsu atau mengelirukan kepada pelanggan Australia yang melanggan pelan Microsoft 365 dengan pembaharuan automatik, yang merangkumi rangkaian perkhidmatan dalam talian Office.
Menurut ACCC, Microsoft didakwa memaklumkan kepada pelanggan bahawa mereka mempunyai dua pilihan, sama ada membayar lebih untuk pelan Microsoft 365 yang diintegrasikan dengan Copilot, atau membatalkan langganan mereka sepenuhnya.
Bagaimanapun, agensi itu menjelaskan bahawa terdapat pilihan ketiga yang sebahagiannya tersembunyi dan hanya muncul apabila pengguna memulakan proses pembatalan langganan mereka, iaitu kekal dengan pelan klasik sedia ada tanpa Copilot pada harga asal.
Pengerusi ACCC, Gina Cass-Gottlieb menyatakan bahawa Microsoft dengan sengaja tidak memaklumkan mengenai pelan klasik dalam komunikasi mereka dan hanya mendedahkan kewujudannya selepas pelanggan memulakan proses pembatalan.
Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengguna pada pelan yang diintegrasi dengan Copilot, yang jauh lebih mahal.
Selain itu, ACCC mendakwa bahawa sejak 31 Oktober 2024, Microsoft telah mengelirukan pelanggan bagi pelan peribadi dan keluarga.
Langganan tahunan untuk pelan Microsoft 365 yang disertakan dengan Copilot didapati antara 29 hingga 45 peratus lebih mahal berbanding pakej yang tidak termasuk perkhidmatan berkenaan.
Badan pemantau itu kini menuntut penalti, perintah injunksi, pampasan kepada pengguna serta kos berkaitan. Microsoft berisiko berdepan denda sebanyak AUD50 juta (RM156.9 juta) atau lebih bagi setiap pelanggaran.












![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-75x75.png)


![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)






































![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-120x86.png)




