Mulakan tahun baharu dengan bebas hutang saman!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan peluang keemasan untuk menyelesaikan saman anda pada kadar tetap RM150 sahaja selama enam bulan, bermula 3 Januari.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa tawaran ini melibatkan saman sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS – Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal / JPJ (P) 23 (115).
Pembayaran saman-saman tersebut boleh dibuat dengan mudah melalui kaunter JPJ, kiosk, aplikasi MyJPJ, atau portal awam kecuali MyEG atau Pos Malaysia.
Pemotongan kadar daripada RM300 kepada RM150 ini bertujuan membantu orang ramai menyelesaikan lebih dua juta saman tertunggak.
Namun, mereka yang gagal melunaskan saman bakal berdepan risiko sekatan untuk memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan kenderaan mereka.
Menariknya, sistem mata demerit juga akan digantung sementara sehingga 30 Jun bagi memberi ruang kepada JPJ menilai semula kaedah pelaksanaannya.
Daripada RM300 kini hanya RM150, lebih murah, lebih mudah, tanpa perlu risau risiko sekatan pembaharuan lesen!