Selepas mengejutkan dunia dengan tarif ke atas 60 negara yang buat orang ternganga, Donald Trump kini tampil dengan satu lagi kejutan yang buat ramai bukan setakat ternganga tapi juling mata.
Sekeping ‘kad emas’ berharga $5 juta (RM24 juta) yang dilengkapi dengan gambar, tandatangan, dan laluan ekspres ke kewarganegaraan AS untuk golongan terkaya dunia.
Pembeli pertamanya siapa lagi kalau bukan Trump sendiri walaupun program tidak terbuka kepada rakyat Amerika!
Kad eksklusif ini bakal menggantikan visa EB-5 yang dulu mengharuskan pelaburan besar dan penciptaan pekerjaan.
Tapi, kali ini, Trump pilih jalan mudah, cuma keluarkan RM24 juta dan “BAM!”, terus dapat!
Manfaat utama? Tiada cukai global!
Pemegang kad hanya perlu bayar cukai atas pendapatan di AS, satu kelebihan besar buat jutawan yang risau dikenakan cukai seluruh dunia jika pindah ke sana.
Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick mendakwa 1,000 kad telah “terjual” dalam sehari, walaupun programnya belum dilancarkan.
Lagi mengejutkan, Elon Musk dilaporkan sedang membangunkan perisian khas untuk kad ini.
Hanya sekitar 37 juta orang di dunia yang mampu membeli “pas masuk” emas ini.
Jadi siapa akan menjadi pemegang kad kedua selepas Trump? Mungkin akan dapat selfie dengan Trump sebagai bonus!