Tindakan Presiden Trump yang mengenakan tarif ke atas barangan keluli dan aluminium dari Kanada yang bermula pada Rabu telah mengundang tarif tindak balas oleh negara tersebut.
Kanada yang merupakan pembekal aluminium dan keluli terbesar kepada Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah yang sama dengan mengenakan tarif ke atas Amerika Syarikat (AS) sebanyak C$29.8 bilion (RM91.18 bilion) sebagai tarif balasan ke atas AS berkuat kuasa pagi Khamis.
Perkara ini telah didedahkan oleh Menteri Kewangan Kanada, apabila Trump menaikkan lagi tarif ke atas keluli dan aluminium.
Tarif ini akan menyasarkan produk keluli bernilai C$12.6 bilion dan produk aluminium bernilai C$3 bilion serta barangan import AS tambahan bernilai C$14.2 bilion dengan jumlah keseluruhan C$29.8 bilion.
Sebelum ini, Ontario telah mengumumkan tarif elektrik kepada Amerika sebelum Trump mengugut untuk menggandakan tarif keluli dan aluminium sehingga 50%.
Ontario kemudiannya menghentikan pelaksanaan tarif tersebut dan Trump mengekalkan tarif keluli dan aluminium 25% yang berkuat kuasa pada Rabu.