Kanada kini sedang dalam perundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menyertai inisiatif ketenteraan berskala besar, satu langkah drastik yang boleh mengakhiri kebergantungan negara itu kepada senjata buatan Amerika Syarikat (AS).
Tindakan ini merupakan satu perancangan susulan ancaman penaklukan oleh Trump serta perang perdagangan yang semakin panas, Ottawa kini terdesak menilai semula pakatan pertahanannya.
Pegawai Kanada kini mempertimbangkan untuk mendapatkan jet pejuang buatan Eropah, termasuk Saab Gripen dari Sweden, malah mungkin menyemak semula pembelian F-35 buatan AS.
Pada masa yang sama, pakatan pertahanan Artik dengan Australia menunjukkan usaha Kanada untuk meningkatkan kebebasan ketenteraannya.
Dengan EU meningkatkan pengeluaran senjata dan AS semakin menjauh dari Ukraine, keputusan Kanada ini bukan sekadar soal pertahanan malah mungkin mencorak semula keseimbangan kuasa global.