Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Selepas mengalami kejatuhan yang teruk akibat daripada pengumuman tarif daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Kanada kini bangkit membalas dendam dengan mengenakan cukai sebanyak 25% ke atas kereta yang diimport dari AS.
Tarif tersebut telah berkuatkuasa pada 9 April merupakan satu siren yang kuat penentangan Kanada terhadap AS.
Cukai balas ini bakal dikenakan ke atas kereta yang tidak mematuhi perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA), manakala yang mematuhi perjanjian perdagangan akan dikenakan cukai yang lebih rendah ke atas komponen dari AS.
Menteri Kewangan Kanada, François-Philippe Champagne, menegaskan bahawa Kanada tidak akan bertolak ansur dengan cukai AS yang disifatkan sebagai “tidak wajar”.
Satu lagi masalah yang timbul jika kedua-duanya enggan mengalah, ini mungkin menyebabkan harga yang lebih tinggi untuk pengguna di kedua-dua belah sempadan.
Adakah perang perdagangan ini akan semakin memuncak, atau mampukah rasional mengatasi emosi demi kepentingan rakyat?























































