Dalam satu kajian yang terbaharu, RHB Research telah menjangkakan ekonomi Malaysia hanya tumbuh 4.5% pada 2025 – lebih perlahan daripada 5.2% tahun ini.
Jika keadaan ekonomi menjadi semakin tegang, Malaysia mungkin tumbuh serendah 4%!
Menurut RHB, walaupun peperangan tarif yang besar hanya melibatkan di antara China dan AS namun Malaysia tidak akan mampu lepas daripada tempiasnya dengan bakal mempengaruhi penolakan sebanyak 0.7% daripada KDNK negara.
Itu pun belum masuk impak tarif terhadap kita sendiri!
Sektor perdagangan dan pembuatan dijangka paling terkesan bermula suku kedua 2025.
RHB juga memberikan amaran kemungkinan Bank Negara untuk potong kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas jika pertumbuhan terlalu lemah.
Lebih parah, sasaran FBM KLCI untuk hujung 2025 juga diturunkan daripada 1,750 ke 1,650 mata.
Kalau semua indikator dah bagi amaran – adakah kita masih bersedia?
Dan bila ekonomi makin perlahan… siapa yang akan benar-benar ‘terkena’? Rakyat? Pelabur? Atau semuanya sekali?