Kedatangan pelancong China ke Pulau Pinang pada 2024 melonjak kepada 218.86 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekaligus China kini muncul salah satu pasaran pelancongan antarabangsa terbesar bagi negeri itu.
EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai menyatakan peningkatan itu disokong inisiatif kerajaan negeri dengan mengadakan promosi aktif menerusi platform digital dan mengukuhkan akses udara terus ke Pulau Pinang.
Hon Wai memberitahu jumlah kedatangan pelancong China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), pada 2024 menokok kepada 120,245 daripada 37,711 pada tahun 2023.
Hon Wai mengulas statistik ini menunjukkan kenaikan positif berbanding tahun 2022 sebanyak 5,918, malah membuktikan Pulau Pinang sebagai pasaran antarabangsa utama kepada pelancong China.
Beliau membahas antara usaha tersebut adalah menambah tujuh penerbangan baharu dari China ke Penang melibatkan syarikat Xiamen Airlines, Shenzhen Airlines, Shanghai Airlines, Sichuan Airlines, Hong Kong Express, Juneyao Airlines dan AirAsia.
Seterusnya, kerajaan turut menjalinkan kerjasama dengan agensi pelancongan dalam talian (OTA) dan syarikat penerbangan, menyertai pameran pelancongan di China serta menjalankan pengiklanan di medium popular.
Strategi lain termasuk pihak berkuasa negeri telah menganjurkan lawatan pengenalan ejen pelancongan dari China bagi mempromosikan destinasi seperti Balik Pulau, Georgetown dan Bukit Bendera.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.