Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam telah melancarkan sebuah operasi baru dipanggil Op Pantau 2025 bagi memastikan pemantuhan harga barang kepada peniaga.
Tindakan ini adalah untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba.
Dari bazar Ramadan hingga pasar raya, pegawai penguat kuasa akan memantau harga barang, timbangan, label halal, serta jualan barangan tiruan bagi melindungi pengguna.
Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa operasi ini akan dijalankan secara menyeluruh dan bersasar di seluruh negara termasuk dengan bantuan Van STAR (Skuad Aduan dan Penyelesaian Pengguna) untuk menangani aduan pengguna secara pantas.
Pusat arahan khas juga akan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari untuk memastikan tindakan segera dikenakan terhadap peniaga yang ingkar.
Pengguna digesa melaporkan sebarang penyelewengan, sementara peniaga diingatkan untuk berniaga dengan jujur atau berdepan tindakan!