Mesyuarat Kabinet pada 24 Januari 2025 telah memberikan satu kata putus terhadap drama tol yang telah menjadi perdebatan pelbagai pihak daripada kerajaan sehinggalah rakyat biasa.
Bersempena Tahun Baharu Cina 2025, Kerajaan Malaysia mengumumkan potongan tol 50% untuk kenderaan Kelas 1 pada 27 dan 28 Januari 2025, bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.
Pengurangan tol ini akan melibatkan kos pampasan sebanyak RM20.08 juta kepada syarikat konsesi tol.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menyatakan bahawa keputusan ini adalah kesinambungan dari program Kerajaan MADANI, yang turut memberi diskaun tol sempena musim perayaan lain.
Kerajaan berharap pengguna dapat merancang perjalanan dengan baik, elak kesesakan, dan memanfaatkan aplikasi MYPLUS-TTA untuk panduan waktu perjalanan.
Dengan langkah ini, rakyat dapat menikmati perjalanan lebih lancar tanpa mengabaikan keselamatan jalan raya.