Negara Asia dijangka terus berdepan ujian yang getir pada 2025, dengan sektor pembuatan dihimpit ancaman besar.
Tahun 2024 berakhir dengan tekanan hebat di kilang-kilang Asia dengan China, Korea Selatan, Malaysia, dan Vietnam melaporkan penurunan ketara dalam aktiviti kilang, mencerminkan permintaan lemah dan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat.
Namun, di tengah kesuraman ini, Taiwan dan Singapura muncul memberikan sedikit kelegaan.
Taiwan mencatat bacaan PMI tertinggi dalam lima bulan, didorong permintaan kukuh dari luar negara, manakala Singapura merekodkan pertumbuhan tahunan terpantas sejak pandemik, hasil lonjakan eksport menjelang kemungkinan tarif baharu.
Ancaman tarif besar yang bakal dilaksanakan oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, terus membayangi rantau ini.
Tindakan tersebut dijangka memberi kesan mendalam terhadap perdagangan global pada 2025, memburukkan lagi keadaan negara-negara Asia yang sudah bergelut dengan permintaan lemah dan ketegangan politik dalaman.
Adakah rantau ini mampu bertahan atau akan terus dihimpit gelombang ketidaktentuan ekonomi?