Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan larangan kenderaan berat selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri bagi mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan.
Larangan ini akan berkuat kuasa pada 29 hingga 30 Mac serta 4 hingga 5 April.
Bukan itu saja, Kementerian Pengangkutan bersama JPJ akan melancarkan Ops Khas Hari Raya dari 24 Mac hingga 8 April untuk menjejaki pesalah trafik sepanjang perjalanan pulang balik berhari Raya.
Jadi kalau ada niat nak ‘rempit’ balik kampung, baik fikir dua kali!
Paling pedih, syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan kini bakal diaudit.
Gagal patuh SOP?
Operasi boleh digantung! Jadi, tak ada lagi alasan brek tak makan atau tayar botak.
Sebagai tambahan, kamera badan untuk penguat kuasa juga dijangka masuk tahun ini.
Dengan bukti video, tak ada lagi ‘drama air mata’ masa kena saman!
Patuh undang-undang atau tanggung akibat – pilihan di tangan anda!