Industri perabot Malaysia kini berhadapan dengan krisis apabila penghantaran ke Amerika Syarikat (AS) dihentikan serta-merta susulan perlaksanaan tarif import setinggi 24% oleh kerajaan AS, berkuat kuasa 9 April 2025.
Naib Presiden Majlis Perabot Malaysia, Matthew Law, mendedahkan bahawa ramai pengeluar telah menangguhkan penghantaran atas permintaan pelanggan di AS yang kini bimbang dengan ketidaktentuan pasaran.
AS merupakan negara yang menyumbang sebanyak 60% daripada eksport perabot Malaysia, bernilai hampir RM12.8 bilion setakat Februari 2025.
Namun, dengan cukai yang telah dikenakan ke atas negara yang tinggi pelanggan dari AS kini mula mempertimbangkan untuk beralih arah ke negara lain yang menawarkan cukai lebih rendah.
Presiden Persekutuan Pengilang dan Peniaga Perabot Johor, Steve Ong, menyeru kerajaan Malaysia agar segera mengadakan rundingan rasmi dengan kerajaan AS agar Malaysia tidak berisiko kehilangan pasaran utamanya.
Walaupun produk kayu masih dikecualikan buat masa ini, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, memberi amaran bahawa sekatan baharu mungkin akan menyusul bergantung kepada hasil siasatan pihak berkuasa AS.
Malaysia kini bertaruh pada rundingan diplomatik – dan masa semakin suntuk!