Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan ke Malaysia selama tiga hari bermula dari 15 hingga 17 April 2025 selepas lawatan terakhir telah diadakan pada 2013.
Kehadiran Presiden Xi ke Malaysia adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan majlis istiadat yang akan diadakan di Istana Negara.
Kunjungan ini sebagai siri jelajah pertama lawatan negara China ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja pada 2025.
Selain itu, Xi juga bersama dengan pegawai China dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan.
Anwar bakal mengelola majlis makan malam rasmi untuk menyambut kehadiran rakan sejawatnya itu di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Pertemuan kedua-dua pihak yang akan diadakan adalah untuk membincangkan kerjasama dua hala antara kedua negara.
Seterusnya, perbincangan ini juga dijangka berfokus kepada isu serantau khususnya berkenaan konflik tarif dagangan ke atas China daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Secara konklusinya, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN komited untuk terus memajukan perkongsian strategik antara negara China dan ASEAN.