Malaysia tekad menegakkan keadilan di Gaza dan negara Asia Barat termasuk Iran, meskipun tindakan ini berisiko menyebabkan negara dikenakan tarif timbal balas yang tinggi oleh Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan AS mengenakan tarif kerana kelantangan negara untuk mengecam tindakan genosid di Gaza sebagai tidak adil.
Anwar menyatakan Malaysia masih mempunyai masa hingga Ogos untuk menyelesaikan isu tarif secara baik, dengan menekankan rundingan masih berjalan serta kadar tarif Malaysia kini lebih rendah berbanding Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Beliau turut menegaskan dasar luar Malaysia adalah berlandaskan prinsip kedaulatan, keadilan dan undang-undang antarabangsa serta tidak akan terpengaruh oleh sebarang ancaman ekonomi.
Kenyataan itu dirakamkan semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Setakat ini, AS merancang mengenakan tarif 25% ke atas semua produk Malaysia yang dieksport ke sana mulai 1 Ogos.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.