Dengan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan melambung, adakah rakyat perlu menderita lagi hanya untuk masuk ke ibu negara?
Kerajaan semalam telah mengumumkan sebuah rancangan untuk pelaksanaan caj kesesakan di Kuala Lumpur, George Town, dan Johor Bahru – tiga bandar pertama yang bakal dikenakan caj ini, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, langkah ini berpotensi mengurangkan trafik KL sebanyak 20% dan kini sedang dikaji oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).
Rakyat Tak Perlu Panik, Masih Dalam Kajian!
Rancangan itu dicadangkan selepas kerajaan meneliti model global seperti sistem e-plate di New York, tol elektronik Singapura, zon caj kesesakan di London dan sistem giliran nombor plat untuk kawalan lalu lintas seperti Beijing dan Jakarta.
Namun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa caj ini tidak akan dilaksanakan selagi sistem pengangkutan awam belum benar-benar efisien.
Caj kesesakan ini sebahagian daripada Pelan Induk Trafik KL 2040, yang juga bertujuan mengurangkan kerugian ekonomi RM20 bilion setahun akibat kesesakan jalan raya.
Tapi persoalannya, adakah caj ini satu solusi atau beban baru untuk rakyat?