Baru-baru ini Meta telah membuat satu kejutan besar buat pekerjanya, dengan perancangan untuk memberhentikan seramai 3,600 orang pekerja yang dikenal pasti berprestasi rendah seterusnya menggantikan mereka dengan bakat baharu.
Menurut laporan Bloomberg pada hari Selasa, tindakan ini dijangka memberi kesan kepada 5% tenaga kerja syarikat.
CEO Meta, Mark Zuckerberg berkata melalui memo bahawa langkah tersebut bertujuan meningkatkan standard prestasi dan mempercepat proses menyingkirkan pekerja yang tidak mencapai sasaran.
Beliau menegaskan bahawa membawa masuk tenaga kerja yang lebih kuat adalah kunci kepada kejayaan masa depan Meta.
Tindakan ini mencetuskan ribut kritikan, dengan ramai mempersoalkan motif sebenar di sebalik keputusan itu.
Pemerhati industri melihat perubahan strategi Zuckerberg telah beralih, cenderung ke arah idea konservatif, termasuk hubungan rapatnya dengan Donald Trump, yang bakal kembali ke White House minggu hadapan.
Pendekatan Zuckerberg kini dinilai mengikut jejak strategi Elon Musk, di mana pengguna diberi kebebasan untuk menambah konteks pada hantaran di Facebook dan Instagram.
Dalam dunia teknologi yang semakin kejam, kelangsungan kerjaya kini bergantung pada sejauh mana seseorang mampu bersaing, atau sejauh mana mereka dapat memahami permainan kuasa di belakang tabir?