Lebih dari 300 pips kenaikan mingguan pada minggu lepas, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya catatkan paras tertinggi terbaru 4 bulan.
Walau tidak banyak pemangkin buat Pound, namun harga kekalkan corak kenaikan berikutan penyusutan ketara US dolar dalam pasaran di pembukaan Mac.
Ini berikutan kebimbangan terhadap risiko pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bakal terjejas dengan perang tarif yang sudah bermula.
Laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu lepas juga suram dan pada minggu ini pula, laporan inflasi AS akan jadi petunjuk penting pasaran selain memacu arah buat US dolar.
Di penghujung minggu lepas, harga telah berjaya melonjak di atas paras 1.29000 dengan ketinggian baharu dicapai sekitar 1.29400.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga kekal berlegar perlahan dalam julat 1.29400-1.29000 itu di sesi Asia.
Walaupun mendatar, harga yang masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencadangkan isyarat bullish.
Jangkaan bagi kenaikan lebih tinggi jika diteruskan mengatasi paras minggu lepas, bakal catatkan paras ketinggian baharu lagi.
Sasaran adalah sekitar 1.30000 untuk dicapai sebagai zon tumpuan seterusnya harga.
Namun jika bergerak turun di bawah paras 1.29000, berkemungkinan akan menjadi isyarat awal untuk permulaan penurunan harga.
Setelah pergerakan bearish bermula, harga bakal menuju zon 1.28000 sebagai sasaran terhampir untuk diuji.
Selanjutnya, penurunan harga dijangka akan hampiri semula zon tumpuan pada dagangan penghujung Februari lalu iaitu sekitar 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK