Emas meneruskan pendakiannya dengan mencipta paras tertinggi baharu melebihi $3,990, berikutan kebimbangan pasaran yang semakin mendalam apabila pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat di tengah-tengah ‘government shutdown’ Amerika Syarikat yang berpanjangan dan jangkaan yang semakin meningkat dalam pelonggaran dasar Fed seterusnya.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,995 iaitu naik 0.27% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Aliran sederhana ini menunjukkan momentum jangka pendek berkurangan, peserta pasaran berhati-hati apabila logam kuning berharga itu menghampiri paras psikologi $4,000 iaitu satu isyarat risiko kesukaran berlangsung.
Sokongan sederhana buat mata wang dolar AS (USD) menjadi faktor kecil buat sekatan emas, keuntungan tersebut muncul apabila berlakunya pergolakan politik di Jepun dan Perancis yang mengeruhkan prestasi mata wang masing-masing.
Sentimen meluas pula, peserta pasaran meletakkan harapan Fed untuk lebih ‘dovish’ dengan pemotongan kadar berturut-turut untuk Oktober dan Disember.
Tinjauan kadar yang lebih rendah di samping ketegangan geopolitik yang berterusan dan pembelian bank pusat yang stabil, mengekalkan trajektori jangka panjang untuk bullion condong ke arah atas.