Setelah lama mendiamkan diri, Elon Musk akhirnya bersuara selepas spekulasi bahawa beliau bakal membida TikTok dengan jawapan yang cukup jelas: “TIDAK BERMINAT.”
Usahawan kontroversi itu menegaskan beliau tidak pernah membuat tawaran ataupun berniat untuk membeli TikTok kerana dirinya yang langsung tidak menggunakan aplikasi tersebut.
Malah, beliau menyindir bahawa pembelian syarikat bukan gaya perniagaannya dan Twitter (kini X) hanya satu pengecualian, bukan kebiasaan.
Sementara itu, Donald Trump, yang dahulunya lantang mengkritik TikTok, kini menjadi penyelamatnya.
Presiden Amerika Syarikat yang pernah cuba mengharamkan aplikasi itu kini mengaku ada “tempat istimewa” untuk TikTok terutama selepas ia membantu menarik pengundi muda dalam pilihan raya 2024.
Lebih mengejutkan, Trump juga mempertimbangkan menggunakan dana kekayaan negara AS yang baru untuk membeli TikTok.
Dengan 170 juta pengguna Amerika masih dalam ketidakpastian, saga TikTok jauh dari selesai terutamanya jika ‘U-turn’ Trump bertukar menjadi langkah kuasa bernilai berbilion dolar.