Nvidia, firma gergasi cip Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menyertai barisan pelabur dari India dan AS dalam menyokong syarikat pemula (startup) teknologi tinggi India.
Kumpulan itu memperoleh komitmen modal melebihi $850 juta (RM3.56 bilion) untuk merapatkan jurang pembiayaan dalam sektor berasaskan penyelidikan tersebut.
Antara pelabur baharu yang menyertai India Deep Tech Alliance itu adalah Qualcomm Ventures, Activate AI, InfoEdge Ventures, Chirate Ventures dan Kalaari Capital.
Ia telah dilancarkan pada awal September lalu dan menambah komitmen awal sebanyak $1 bilion untuk menyokong syarikat dalam industri seperti angkasa, semikonduktor, AI dan robotik.
Sebagai ahli pengasas dan penasihat strategik kepada pakatan itu, Nvidia akan menyediakan panduan teknikal, latihan dan input dasar bagi membantu syarikat pemula India menggunakan alat pengkomputeran serta kecerdasan buatannya.
Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk mengatasi kekurangan dana kronik dalam kalangan startup berasaskan R&D, yang sering bergelut mendapatkan modal teroka kerana tempoh pembangunan yang panjang dan ketidakpastian keuntungan.
Inisiatif ini juga menyusul selepas kerajaan India melancarkan pelan $12 bilion bagi memperkukuh penyelidikan dan pembangunan, sekali gus menyokong peralihan negara itu daripada ekonomi perkhidmatan kepada pengeluaran berteknologi tinggi.























































