Minyak mentah melonjak sebanyak 13% pada awal dagangan Jumaat selepas Israel melancarkan serangan udara terhadap Iran tanpa sokongan Amerika Syarikat, menimbulkan kehangatan mengenai prospek bekalan dari rantau Timur Tengah.
Harga West Texas Intermediate (WTI) naik sekitar 4.85% dan Brent pula sekitar 4.18% pada pertengahan sesi Asia, WTI berjaya mencapai lonjakan setinggi 13% dan Brent pula 8% semasa berita konflik tersebut berlangsung.
Menurut kenyataan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Israel melancarkan operasi ketenteraan terhadap program nuklear dan peluru berpandu milik Iran.
Beliau berkata serangan tertumpu ke atas tapak pengayaan utama di Natanz, beberapa saintis nuklear terkemuka Iran, serta pusat pembangunan peluru berpandu balistik negara itu.
Operasi itu akan diteruskan selama beberapa hari bagi menghapuskan ancaman itu sepenuhnya.
Sementara itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan bahawa tiada peningkatan tahap sinaran dikesan di Natanz setakat pagi Jumaat. Tapak nuklear Isfahan pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan akibat serangan tersebut.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, telah mengisytiharkan darurat khas di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan jangkaan bahawa Iran akan melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron.
Media kerajaan Iran turut melaporkan bahawa Komander Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Salami, terbunuh dalam serangan yang dilancarkan Israel.
Ketegangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak global, khususnya daripada Iran dan pemain serantau lain yang berpotensi terheret ke dalam konflik.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!