Saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pergerakan bercampur-campur selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell meredakan jangkaan bahawa bank pusat itu mungkin bersedia untuk mengurangkan kadar faedah pada bulan September.
Dalam kenyataan pagi tadi, FOMC mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti jangkaan pada 4.50%.
Powell menyatakan pasaran buruh kekal kukuh dan inflasi masih tinggi meskipun keputusan itu disertai perbezaan pandangan dalam kalangan ahli.
Powell turut menyatakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai penurunan kadar faedah pada mesyuarat bulan September, sambil menegaskan dasar monetari semasa kekal terhad tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Purata indeks utama Dow Jones jatuh 0.38% kepada 171.71 mata, S&P 500 menyusut 0.12% kepada 7.96 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi pula melonjak 0.15% kepada 31.38 mata.
Dalam perkembangan lain, laporan awal pekerjaan ADP menunjukkan senarai gaji sektor swasta meningkat 104,000 pada Julai, melepasi jangkaan 75,000 – satu petunjuk awal menjelang laporan rasmi kerajaan yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Sementara itu, saham syarikat Megacap Microsoft dan Meta Platform melonjak lebih 6% selepas melaporkan keputusan suku tahunan yang memberangsangkan.
Saham Starbucks mencatatkan jualan suku ketiga yang lebih baik meskipun sahamnya menyusut 0.2%, manakala Hershey meningkat 1.4% selepas syarikat coklat dan makanan ringan melaporkan keputusan yang mengatasi ramalan.
Para pelabur kini menunggu laporan pendapatan Amazon dan Apple yang dijadualkan pada hari Khamis.
Jumlah dagangan di bursa AS merekodkan $17.66 bilion berbanding purata $17.87 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!