Pasaran Wall Street Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kejatuhan selepas menunjukkan peningkatan positif semalam berikutan perbincangan baik antara AS dan China.
Indeks-indeks utama saham mengalami penurunan disebabkan oleh Presiden AS, Donald Trump akan menetapkan kadar tarif ke atas rakan dagangan utama dalam tempoh dua minggu akan datang.
Indeks S&P 500 menyusut 0.1%, Nasdaq berfokus kepada industri teknologi meluncur 0.50%, manakala Dow Jones pula tidak berubah.
Trump menyatakan beliau akan menghantar surat kepada rakan dagangan utama AS untuk menggariskan tarif perdagangan menjelang tarikh akhir 9 Julai sebagai langkah untuk melancarkan perjanjian perdagangan dengan pentadbirannya.
Trump memberi isyarat akan meneruskan rancangan tarif tinggi selepas mengumumkan penangguhan selama 90 hari pada April lepas, walaupun menyatakan tiada keperluan untuk lanjutan pada 9 Julai.
Mahkamah Rayuan AS telah membenarkan tarif yang dikenakan oleh Trump untuk kekal berkuat kuasa sementara proses semakan keputusan oleh Mahkamah Perdagangan Antarabangsa dijalankan.
Trump mengesahkan AS sedang memindahkan kakitangan dari Timur kerana bimbang terhadap isu ketenteraan Iran semakin memuncak, selepas rundingan nuklear tidak berjalan baik dengan tarikh akhir dua bulan akan ditetapkan minggu ini.
Dalam perkembangan lain, saham kenderaan elektrik (EV) Tesla menaik 0.1% selepas CEO Elon Musk menyatakan penyesalan atas siaran media negatif terhadap Trump yang menimbulkan ketegangan antara mereka.
Pelabur kini memberi perhatian terhadap rundingan AS-China selepas kedua-dua negara mengadakan perbincangan di London selama dua hari.
Jumlah dagangan bursa AS merekodkan $18.9 bilion berbanding purata $17.8 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!