‘Government shutdown’ atau situasi penutupan kerajaan di Amerika Syarikat (AS) kini telah memasuki hari ke-36, menjadikannya yang terpanjang dalam sejarah negara itu.
Tempoh penutupan yang masih berlarutan ini memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 35 hari ketika penggal pemerintahan Presiden Donald Trump yang terdahulu pada 2019.
Penutupan kerajaan AS bermula pada 1 Oktober lalu susulan kegagalan Kongres meluluskan rang undang-undang pembiayaan untuk fiskal tahun 2026.
Lebih 700,000 pekerja persekutuan terkesan dengan ada yang direhatkan dan ada juga yang diarahkan bertugas tanpa bayaran.
Situasi berpunca daripada kegagalan pihak Republikan dan Demokrat untuk mencapai kesepakatan dalam meluluskan rang undang-undang tersebut.
Selain ramai pekerja yang merasai tekanannya, ekonomi AS dikatakan menanggung sekitar $14 bilion, pelan pemulihan dan penerbitan data ekonomi tertangguh, serta keyakinan pelabur merosot.
Presiden Donald Trump dan pemimpin parti Republikan menyalahkan pihak Demokrat atas kegagalan rundingan, manakala pakar politik menyifatkan situasi ini sebagai impasse yang menunjukkan kelemahan sistem bajet serta kebuntuan dasar di Washington.
Parlimen dan Senat dijangka mengadakan sesi rundingan penting dalam beberapa hari akan datang, namun tiada tarikh tepat dijangka untuk pembukaan semula kerajaan.





















































