India dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan hampir mencapai perjanjian perdagangan yang telah lama tertangguh, yang akan menyaksikan pengurangan dramatik ke atas duti import oleh AS bagi barangan India daripada sekitar 50% kepada 15–16%.
Perjanjian tersebut dijangka memberi tumpuan kepada beberapa sektor utama, termasuk tenaga dan pertanian.
Sementara India pula berkemungkinan bersetuju secara berperingkat untuk mengurangkan pembelian minyak mentah Rusia sebagai sebahagian daripada rundingan.
Selain itu, India juga dikatakan bersedia meningkatkan import jagung dan tepung soya dari AS yang tidak diubah suai genetik, sebagai pertukaran kepada akses pasaran dan pemotongan tarif oleh AS.
Penganalisis menyifatkan bahawa tarikh pengumuman rasmi perjanjian itu mungkin akan berlaku sewaktu atau selepas persidangan ASEAN bulan ini, di mana pemimpin kedua-dua negara dikatakan akan hadir.
Walaupun butiran penuh masih belum disahkan oleh kedua-dua kerajaan, perkembangan ini dilihat sebagai langkah positif ke arah memperkukuh hubungan ekonomi antara dua kuasa besar dan membuka peluang pertumbuhan eksport India ke pasaran AS yang sangat besar.