Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, mengesahkan beberapa syarikat dikesan tidak mendaftar, dan mencarum dengan PERKESO.
Beliau menyatakan sebanyak 880 kes telah direkodkan tahun lalu, melibatkan kesalahan tidak mematuhi arahan.
Syarikat yang tidak mahu mencarum PERKESO melibatkan premis kenderaan dan premis kecantikan, dengan 658 kes direkodkan.
Manakala, premis pengeluaran pula mencatatkan sebanyak 590 kes.
Beliau menjelaskan bahawa majikan yang enggan mendaftar dengan PERKESO berbuat demikian kerana ingin menjimatkan kos dan terlalu memikirkan untuk meraih keuntungan.
Bagaimanapun, pihak PERKESO menegaskan mereka tidak akan mengambil tindakan keras secara terus.
Sebaliknya, mereka memberikan peluang kepada majikan untuk mencarum secara sukarela dari 1 hingga 30 April.
Sekiranya, majikan gagal mengambil tindakan dalam tempoh tersebut, mereka bakal dikenakan tindakan pendakwaan dan kompaun maksimum sebanyak RM10,000.
Sejak 2019 hingga 2024, sebanyak 15,922 notis kompaun bernilai RM11.91 juta, telah dikeluarkan oleh majikan yang enggan mencarum untuk pekerja mereka.