Syarikat petroleum tempatan, Petronas sedang mengadakan rundingan antara organisasi minyak nasional berpangkalan di Pertamina, Indonesia dan kumpulan tenaga Perancis, TotalEnergies.
Tujuan utama kerjasama tersebut diadakan untuk membangunkan sebuah blok minyak Bobara di Indonesia.
Naib Presiden Aset Antarabangsa Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman menyatakan perbincangan bermula sejak tahun lalu, namun masih belum dimetarai dengan sebarang perjanjian rasmi.
Mohd Redhani menyampaikan ucapan terbabit semasa di luar persidangan Persatuan Petroleum Indonesia.
Selanjutnya, Petronas berjaya menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran bersama kerajaan Indonesia tahun lalu bagi membina projek blok Bobara berkenaan.
Kerajaan menganggarkan blok itu memiliki 6.8 bilion tong minyak dan bakal menjadi projek besar pertama Petronas di Indonesia.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.