Prestasi US dolar kekal suram menuju dagangan ke penghujung minggu selepas perasmian pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di awal minggu ini.
Mata wang itu berlegar di paras terendah 2 minggu walaupun tampak sedikit baik pergerakan pada sesi New York semalam.
Pelabur kekal berhati-hati menantikan butiran lebih jelas tentang tarif dalam polisi pentadbiran Trump yang akan memacu arah pasaran kewangan selanjutnya.
Lewat Selasa lalu, pentadbiran Trump mempertimbangkan pelaksanaan tarif 10% ke atas barangan import China bermula 1 Februari setelah sebelumnya mengumumkan tarif 25% bakal dikenakan ke atas Mexico dan Kanada.
Trump juga turut mengancam tarif ke atas barangan dari Eropah, tetap belum mengulas lanjut.
Indeks dolar (DXY) sedikit meningkat selepas jatuh di bawah paras 108.00 mata. Hasil perbendaharaan 10-tahun AS juga menunjukkan pemulihan ke paras 4.60% dari kejatuhan sebelumnya yang menghampiri sekitar 4.53%.
Perkembangan di Eropah, para penggubal dasar European Central Bank (ECB) memberi isyarat untuk pemotongan lanjut kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu hadapan.
Peratusan jangkaan pasaran mencapai 90% untuk kenaikan sebanyak 25 mata asas oleh ECB untuk mesyuarat pertama 2025.
Juga mesyuarat FOMC pertama pada minggu hadapan akan menjadi perhatian setelah tumpuan beralih dari sentimen pelantikan Presiden Trump minggu ini.