Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemudengan Ketua Eksekutif Nvidia (CEO) Jensen Huang, bagi membincangkan kemajuan projek infrastruktur kecerdasan buatan (AI) bernilai RM10 bilion di Malaysia.
Kedua-duanya bakal bertemu di acara sidang kemuncak APEC Economic Leaders’ Meeting (AELM) di Gyeongju pada Jumaat.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong iaitu rakan kongsi utama Nvidia dalam projek tersebut yang akan mengemaskini tentang perkembangan terkini projek AI berkenaan kepada Anwar.
Sidang APEC yang berlangsung akan menyaksikan Anwar menyampaikan campur tangan Malaysia dalam dialog pemimpin ekonomi, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan rantaian bekalan digital, ekonomi digital inklusif dan kerjasama serantau.
Selain pertemuan dengan Nvidia, Anwar dijangka mengadakan sesi bersemuka dengan beberapa syarikat seperti Namhae Chemical dan JS Link, serta menghadiri jamuan rasmi pemimpin ekonomi APEC sebelum mengadakan sidang media penutup.
Dalam konteks projek RM10 bilion tersebut, inisiatif itu dijangka membabitkan pembinaan pusat data berskala besar, rangkaian pengkomputeran awan dan kemudahan AI yang berintegrasi dengan industri tempatan untuk mempertingkatkan daya saing negara dalam era Revolusi Industri 4.0.
Malaysia merupakan antara 12 ahli pengasas APEC dan kini menjadi platform penting untuk negara memacu transformasi digital ke hadapan serta menarik pelaburan teknologi tinggi.













 
			


![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)






























 
					








