Sabahan bakal menerima “duit belanja” RM300 sebulan sepanjang 2025!
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan seramai 100,000 rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar akan menerima bantuan ini melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR).
Bayaran akan dibuat setiap tiga bulan sebanyak RM900 sekali gus kepada mereka yang layak, sama ada melalui akaun bank atau tunai.
Program ini akan bermula pada bulan ini dengan fasa seterusnya pada April, September, dan Oktober.
Inisiatif ini merupakan satu usaha bagi mengurangkan beban rakyat juga tanda keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat Sabah.
Namun, di sebalik niat murni ini, ada juga yang tertanya-tanya adakah ini tanda keprihatinan kerajaan atau hanya “minyak pelincir” menjelang PRN Sabah yang bakal tiba?