Dalam banyak-banyak pengumuman yang diberikan oleh Trump hanya satu berita ini sahaja yang dapat buat pelabur-pelabur tersenyum sampai ke belakang telinga!
Saham U.S. Steel dilaporkan mencanak naik sehingga 16% pada Isnin, sekaligus mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu — semuanya gara-gara arahan mengejut dari Donald Trump.
Pada Isnin yang lalu, Trump telah mengarahkan semakan keselamatan baharu ke atas bidaan bernilai RM71 bilion oleh syarikat Jepun, Nippon Steel.
Ini selepas Biden sempat menyekat perjanjian itu sebelum keluar dari White House.
Trump pula mempunyai pemikiran untuk mengutamakan Amerika lebih dari negara lain bertindak konsisten dari awal untuk tidak menjual ikon Amerika kepada luar.
Kini Jawatankuasa Pelaburan Asing (CFIUS) diberikan masa selama 45 hari untuk mengkaji risiko keselamatan negara.
Pelabur? Tentulah teruja!
Tapi tekanan makin memuncak.
Ancora Holdings, pemegang saham minoriti, telah meminta mesyuarat tahunan U.S. Steel pada 6 Mei ditangguh ke selepas tempoh semakan tamat pada 18 Jun.
Kini dalam politik, U.S. Steel bukan sekadar syarikat – ia simbol ‘Steeltown USA’ di negeri rebutan pilihan raya iaitu Pennsylvania.