Zaman sekarang transfer dan bayar bil dengan ‘ss’ je, tak payah nak stress!
YTL Digital Bank Berhad yang merupakan syarikat hasil kolaborasi YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited, telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi banknya pada 20 Disember 2024.
Bank digital yang dikenali sebagai Ryt Bank ini, akan dilancarkan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.
Pusat tarikan utamanya adalah Ryt AI, chatbot yang dikendalikan oleh AI ini akan bertindak seperti pegawai bank peribadi.
Pelanggan boleh melakukan transaksi seperti pemindahan wang dengan hanya sebuah tangkap layar yang amat menjimatkan masa serta dapat menyokong pelbagai bahasa.
Ketua Pegawai Eksekutif, Melvin Ooi, berkata Ryt Bank bakal mentakrifkan semula pengalaman perbankan di Malaysia dengan perkhidmatan kewangan yang inklusif dan berteraskan AI.
Syarikat induk YTL Digital Bank dimiliki 49.99% oleh SeaMoney Holding MY Ltd, 40.02% oleh YTL Digital Capital Sdn Bhd, dan 9.99% oleh Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail.
Dengan semua lima bank digital kini memulakan operasi, seperti GXBank, AEON Bank, Boost Bank, dan KAF Investment Bank, persaingan dalam sektor ini dijangka semakin sengit.