Sebelum masuk White House kata nak hentikan perang, sekarang?
Sejak sekian lama, hubungan baik antara presiden Amerika Syarikat (AS) dan presiden Israel telah membuahkan pelbagai bantuan, terutama ketika Israel menghadapi pertempuran dengan rakyat Palestin dan Hamas.
Namun, hubungan rapat ini kini membuka lembaran baru yang lebih besar dan penuh risiko.
Dalam satu sidang media semalam bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Donald Trump telah mengumumkan keputusannya untuk ‘mengambil alih’ Gaza dengan harapan mencetuskan pembangunan ekonomi besar-besaran di kawasan tersebut.
TETAPI!
Bukan untuk penduduk Palestin malah menggesa penduduk Gaza dipindahkan ke negara-negara Arab lain, walaupun Mesir, Jordan, dan negara Barat sendiri menolak idea itu secara total.
Netanyahu memuji keputusan sahabat baiknya itu sementara pemimpin dunia lain melihat cadangan itu sebagai keterlaluan dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Gencatan senjata yang rapuh kini ibarat menunggu saat untuk runtuh dengan kenyataan Trump telah mencetuskan kemarahan dan ketakutan, terutama di kalangan rakyat Palestin yang melihat ini sebagai satu lagi episod al-Nakba, pengusiran yang menghantui sejarah mereka sejak 1948.
Adakah ini langkah pertama ke arah penghapusan Gaza selamanya? Atau dunia akan terus membisu menyaksikan sejarah berulang?