Pasaran Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami bacaan bercampur-campur selepas menunjukkan pergerakan positif kelmarin dengan indeks-indeks utama mendatar.
Menjadi tumpuan pelabur di awal minggu, pertemuan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan Jamieson Greer dengan pegawai tertinggi China di London berlangsung pada Isnin semalam dan bersambung pada hari ini (Selasa) bagi membahas isu tarif.
Indeks S&P 500 menokok 0.09%, Nasdaq berfokus kepada industri teknologi mencanak 0.31%, manakala Dow Jones pula menurun 1.11%.
Perbincangan tersebut diadakan susulan perbualan telefon minggu lepas antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping yang bersetuju untuk meredakan ketegangan tarif antara kedua-dua negara.
Rundingan AS-China menjadi tumpuan dunia kerana ia mempengaruhi kesan global melibatkan perdagangan, teknologi, geopolitik dan perubahan iklim.
Pelabur berharap perbincangan itu mampu memulihkan semula ketegangan perang tarif AS dan China, susulan persetujuan pada Mei bagi melonggarkan tarif perdagangan seketika.
Dalam perkembangan lain, saham teknologi Nvidia mencatatkan keuntungan pesat didorong oleh pengukuhan saham cip AMD hampir 5% dalam mengurangkan sekatan jualan ke China.
Saham Amazon dan Alphabet masing-masing pula mencanak 1%, manakala Apple pula susut 1.2% selepas persidangan pembangunnya gagal menarik minat pelabur.
Jumlah dagangan bursa AS merekodkan $17.1 bilion berbanding purata $17.8 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!