Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan golongan pekerja negeri itu akan ditawarkan pendidikan secara percuma mulai tahun hadapan sekiranya berhasrat melanjutkan pelajaran sepenuh masa.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyatakan para pekerja yang berminat boleh memohon pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti milik Kerajaan Sarawak.
Abang Johari memberitahu inisiatif itu dilaksanakan demi membangunkan modal insan berkualiti serta meningkatkan kemahiran dan kelayakan pekerja melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Abang Johari mengulas pembelajaran tanpa bayaran diperuntukkan kepada program sepenuh masa dan bukan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
Abang Johari menegaskan bahawa pengajian tersebut hanya ditanggung oleh pihak kerajaan sekiranya menerima tawaran belajar dari universiti.
Seterusnya, beliau juga menambah syarat ini terbuka kepada semua peringkat umur, selain berstatus anak Sarawak yang tertera pada kad pengenalan.
Kerajaan melaksanakan program pengajian percuma ini di Universiti Teknologi Swinburne, Kolej Universiti i-CATS, Universiti Curtin, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).
Ramai yang dah lama berkecimpung dalam dunia trading dan pelaburan, analisis fundamental dah okay, analisis teknikal dah power dengan macam-macam teknik pernah cuba. Tapi kenapa tetap tak konsisten buat profit? Nak tahu apa kekurangan yang perlu anda lengkapkan untuk ‘berperang’ dengan market? Mari bersama komuniti HUSTLE24HOUR Familia untuk menjawab persoalan itu. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H.