Syarikat Sony mengejutkan ramai pihak pada Khamis lepas apabila mengumumkan kerjasama strategik dengan Bandai Namco, sekaligus memperoleh pegangan sebanyak 2.5% dalam syarikat tersebut.
Kerjasama ini bertujuan memperluaskan pembangunan Intellectual Property (IP) ke dalam bentuk kandungan seperti manga, anime dan sebagainya.
Sebelum ini, kedua-dua syarikat telah menjalinkan kerjasama dalam penghasilan kandungan seperti permainan video, anime dan muzik.
Pembelian pegangan ini turut menunjukkan komitmen berterusan Sony terhadap pembangunan dan pengukuhan dalam bahagian IP.
Sony juga mendapatkan pegangan sebanyak 10% pada Kadokawa, syarikat yang turut memiliki Gempakstarz di Malaysia.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.